Monday 11 March 2013

BAB 5: MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAH

Setiap Manusia itu pasti Ada Melakukan Kesalahan

MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH BILIK DARJAH 



JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN

Definisi disiplin 
• Disiplin berkaitan dengan tingkah laku seseorang.
• Disiplin boleh dijelaskan sebagai
- latihan
- kepatuhan 
- kawalan

• Disiplin tidak boleh ditafsirkan sebagai hukuman, hukuman bersifat negatif dan mengajar kanak-kanak perkara yang tidak patut mereka lakukan
• Sekolah di Malaysia memberikan konsep disiplin sebagai penekanan kepada cara-cara mencegah masalah disiplin dan tingkah laku daripada berlaku di dalam bilik darjah agar p&p dapat dilaksanakan dengan lancar

Jenis disiplin di dalam bilik darjah
• arahan Guru- termasuk peraturan & rutin
• arahan rakan sebaya
• arahan tugasan
• diri sendiri

Jenis-jenis masalah disiplin
• melawan
• memukul
• mencuri
• mengugut rakan/guru
• kekemasan diri
• ponteng kelas

Masalah disiplin yang Bersifat Disruptif

  • Tidak memberikan perhatian, 
  • Menganggu rakan, 
  • Bercakap semasa guru mengajar,
  • Makan dan tidur di dalam kelas.
  • Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran
  • Lewat masuk kelas
  • Tidak membawa buku latihan/teks
  • Menunjukkan sikap biadap terhadap guru
  • Membuli
  • Melepak, berlari, menjerit di koridor


Masalah kekemasan diri
• tidak memakai lencana, tanda nama.stoking
• kuku panjang
• mewarnakan rambut
• pelajar lelaki rambut panjang



TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM BILIK DARJAH




• kurang memberikan perhatian
• hiperaktif
• pendiam
• sensitif
• apati (tidak kisah kepada arahan guru)
• sikap melengahkan dan sambil lewa
• gemar bercakap
• menganggu rakan
• membuli
 
• berbohong
• menipu

• menimbulkan kekecohan dalam bilik darjah
• kurang sopan
• mencuri
• merosakkan harta benda
• mudah marah dan agresif

PENYEBAB BERLAKU MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH


• Diri murid

• Guru
• Sekolah

• Latar belakang murid

Peranan guru dalam mengurangkan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah


• merancang aktiviti yang menyeronokkan
• gunakan pelbagai kaedah dan teknik
yakin
• berminat dan mengambil berat terhadap murid
rol model
adil
komunikasi yang jelas
• memberikan bimbingan dan maklum balas
tenang dalam menangani masalah di dalam bilik darjah


No comments:

Post a Comment