Tuesday, 5 March 2013

BAB 1 - PENGURUSAN BILIK DARJAH


Ciri yang menjadikan bilik darjah tempat yang unik dan mencabar
  1. Pelbagai dimensi
  2. Serentak
  3. Segera
  4. Sukar diramal
  5. Umum

Konsep pengurusan bilik darjah

• Pengurusan bilik darjah yang berkesan menyumbang kepada


pencapaian akademik yang lebih tinggi
• Pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku (Richard, 1990)


Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu mencapai matlamat yang berikut:



  • menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai
  • membentuk suasana pembelajaran yang positif
  • menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-guru dan murid-murid
  • menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan   optimum
  • meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti P&P
  • mengurangkan masalah disiplin
  • pengurusan rutin yang berkesan
  • murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri


Bilik darjah yang teratur bergantung kepada kemahiran guru mencegah masalah daripada berlaku dan bukannya menyelesaikan masalah yang telah berlaku. ia memerlukan guru yang berkemahiran dan berkemampuan yang pelbagai dalam menyelesaikan masalah yang telah berlaku.



Faktor utama dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah:-


  • Perancangan yang rapi
  • Guru perlu mengelola dan mengawal pelaksanaan perancangan mereka.
  • Membuat refleksi untuk menentukan kekuatan dan kelemahan P&P yang telah dilaksanakan
  • Pengetahuan tentang keperluan murid-murid
  • Keperluan hierarki Abraham Maslow
  1.  Estetik, 
  2. Pengetahuan, 
  3. Penyempurnaan kendiri,
  4. Penghargaan diri,
  5. Kasih sayang, 
  6. Keselamatan,
  7. Fisiologi

Fisiologi dan psikologi mempunyai pengetahuan akademik:-


• Memahami objektif pengajaran
• Melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran
• Berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya
• Pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid
• Masa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi
• Pengalaman kejayaan
• Maklum balas yang tepat dan realistik



Pengurusan bilik darjah

  1. Merancang
  2. Mengelola
  3. Mengawal
  4. Membuat refleksi
  5. Menjalinkan hubungan guru- murid


Ciri-ciri guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah ialah guru yang dapat:



  1. Menguruskan bilik darjah dengan berkesan
  2. Membentuk suatu suasana
  3. Agar murid teransang dengan apa-apa yang dipelajari dan berusaha melakukan yang terbaik
  4. Menggunakan masa p&p dengan efisien


Tiga aspek yang dilihat:

  1. Kualiti peribadi
  2. Kompentensi pengajaran dan pembelajaran
  3. Penghayatan dan amalan nilai

Guru yang efektif
  • mesra, peramah, penyayang, tenang, jenaka, kreatif, spontan, fleksibel
Guru yang tidak efektif 
  • cepat marah, tidak yakin, pesimis, autokratik, tiada daya usaha, 


Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran

Kompetensi P&P yang harus dipupuk oleh guru efektif ialah seperti berikut:


1. Kandungan mata pelajaran:
 

Meliputi lebih daripada fakta, istilah dan konsep umum.
Contoh : 

Guru yang efektif akan berusaha memperoleh ilmu dan kemahiran cara mengurus idea serta membuat perkaitan antara idea, kemahiran berfikir dan berhujah, pola perubahan yang terkandung dalam satu-satu disiplin, dan kebolehan memindahkan idea antara satu disiplin ke disiplin yang lain.

2. Strategi pengajaran


Seiring dengan penggunaan pendekatan konstruktivis dalam proses P&P
Contoh :

Guru yang efektif akan memberi penekanan kepada kolaborasi antara murid dalam usaha mereka menuntut ilmu, dan memahami diri sendiri.

3. Kemahiran penentuan matlamat dan perancangan pengajaran.

 
Contoh :

Guru yang efektif akan memperuntukkan masa dan usaha yang mencukupi dalam memastikan pelaksanaan pengajaran adalah selaras dengan perancangan dan matlamat tercapai. 
Dalam masa yang sama, beliau akan membuat refleksi bagi mendapat maklum balas dan menambahbaik pengajaran agar menjadi lebih baik,menarik pada masa seterusnya.



Kemahiran mengurus bilik darjah

Merupakan salah satu aspek bagi seorang guru yang efektif.
Kebolehannya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan membentuk peraturan bersama murid-murid, memantau aktiviti bilik darjah, dan menangani masalah tingkah laku murid.



Kemahiran motivasi


Seorang guru yang efektif semestinya mempunyai strategi-strategi tertentu untuk memupuk motivasi kendiri murid-muridnya melalui peluang pendidikan yang diberikan dan pengalaman pendidikan yang disediakan selaras dengan minat dan matlamat dan kebolehan mereka.


Kemahiran komunikasi 


Meliputi komunikasi lisan dan bukan lisan. 
Contoh: 

Guru efektif yang mengamalkan prinsip bercakap bersama dan bukannya kepada murid-murid, ibu bapa, pentadbir, dan sebagainya. Seterusnya guru efektif juga mengekalkan kritikan pada tahap minimum, mempunyai gaya komunikasi bersifat asertif berbanding agresif, manipulatif atau pasif, dan yang terakhir berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi murid-murid melalui latihan, praktis dan sebagainya. 


Kemahiran teknologi

Guru efektif seharusnya menguasai kemahiran teknologi selaras dengan perkembangan sains dan teknologi semasa dan seterusnya mengintegrasikan teknologi tersebut dalam proses P&P di dalam kelas serta mempelbagaikan bahan multi-media sebagai alat sokongan.

No comments:

Post a Comment