Monday, 11 March 2013

BAB 6 - PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH KONSEP PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH

Binalah Disiplin Murid Yang BerMatlamat


PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH KONSEP PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH


KONSEP PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH

• sebarang bentuk mendisiplinkan murid mestilah ke arah mendatangkan matlamat kepada murid
• kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam bilik darjah secara dasarnya boleh ditangani melalui teguran nonverbal, mengalihkan tingkah laku atau menukarkan rentak p&p


Kitaran pengurusan disiplin

• merancang
• menyediakan pelan pengurusan, strukur organisasi dan pendekatan yang akan digunakan
• melaksanakan dan mengurus
• mengawasi dan membuat refleksi


PERANAN DAN TINDAKAN GURU SEMASA MENGURUS MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH


  1. Guru berperanan sebagai pembimbing
  2. Apabila guru tidak dapat menangani atau menyelesaikan masalah tersebut boleh merujuk kepada kaunselor sekolah atau jawatankuasa disiplin sekolah.
  3. Cadangan untuk menangani disiplin:-
      - tidak panik dan jangan bertindak melulu
      - elakkan daripada mencabar murid
      - semak semula cara pengajaran
      - jangan tangani masalah disiplin yang di luar kawalan sendirian
      - berbincang dengan guru lain yang lebih mahir
      - ikuti budaya disiplin sekolah



HALANGAN KEPADA PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH

• hubungan ibu bapa
• pengaruh rakan sebaya
• keadaan persekitaran bilik darjah
masalah perkembangan murid
salah laku yang tidak dijangka


INTERVENSI DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN

• PASTORAL CARE
• BIMBINGAN DAN KAUNSELING
• TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU



Pastoral care
Merupakan satu bentuk bimbingan yang diberikan oleh guru untuk menjaga kebajikan murid-muridnya. Bentuk bimbingan ini meliputi bidang dan isu yang luas seperti kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral, pengurusan tingkah laku dan sokongan emosi murid.


Bimbingan dan Kaunseling

a. Bimbingan merupakan suatu proses yang dirancang oleh guru-guru untuk membantu murid-muridnya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan dan kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian dengan persekitaran.


b. Kaunseling merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu murid memahami dirinya yang sebenar

c. Matlamat bimbingan dan kaunseling:-
• mengenal potensi murid
• membina kemahiran pengurusan diri
• kemahiran penyelesaian masalah
• pengurusan tingkah laku
• memajukan diri murid
• penilaian kendiri

d. Prinsip bimbingan dan kaunseling:-
• murid perlu sukarela untuk dibimbing
• murid bertanggungjawab terhadap perkembangan masing-masing
• bimbingan adalah proses pencegahan
• penggunaan kemahiran asas bimbingan
• bantuan menyeluruh
• bersikap terbuka

e. Etika bimbingan
• menghormati murid dan tiada unsur diskriminasi
• kerahsiaan murid
• bertanggungjawab

f. Kemahiran bimbingan
• memberikan perhatian
• kemahiran mendengar dengan aktif
• kemahiran berempati



Teknik Modifikasi Tingkah Laku
a. Menggunakan prinsip peneguhan
• tingkah laku dipengaruhi oleh akibat
• tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan, diteguhkan atau dilemahkan
• bertindak berdasarkan kepada tingkah laku yang diberi ganjaran akan diulang manakala yang tidak diberi ganjaran dilupus
• peneguhan positif (ganjaran) adalah lebih berkesan daripada dendaan

b. Sistem modifikasi tingkah laku yang berstruktur
• sistem kontrak tingkah laku
• sistem token

c. Pelan intervensi pengurusan kendiri tingkah laku murid
• tetapkan tingkah laku murid
• beri kesedaran kepada murid
• matlamat yang realistik
• bincangkan akibat
• bina sistem pengurusan kendiri
• guru memantau dan memberi peluang kepada murid untuk mengurus
• penilaian berterusan. Ubah cara penilaian jika perlu


1 comment:

  1. trima kasih cikgu atas perkongsian, sekadar cadangan supaya font yg digunakan ditukar kepada yg gelap supaya senang dibaca.tq

    ReplyDelete