Guru memainkan peranan sebagai Pembimbing, Penyelaras atau Fasilitator.
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
Ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran
Persekitaran fizikal
• susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah
• sumber bahan pembelajaran
• ruang/sudut pembelajaran
• ruang pada dinding
• pencahayaan, pengudaraan dan perabot
• kebersihan
Persekitaran psikososial
• Suasana selesa dan mesra
• bebas daripada ancaman bahaya fizikal
• perasaan yang diterima
• sensitif dan peka kepada perbezaan individu
• suasana yang meransang pembelajaran
• mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea
• menggalakkan pembelajaran koperatif
• peluang yang sama untuk semua murid
Peraturan dan rutin bilik darjah
(ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah)
• ayat peraturan mesti ringkas dan jelas
• peraturan yang dibentuk seeloknya bermakna dan dipersetujui oleh
murid di dalam bilik darjah dan akan lebih berkesan jika guru membentuk peraturan bersama murid
• hadkan bilangan peraturan
• peraturan adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran
• selaras dengan peraturan sekolah dan tidak bercanggah dengannya
PENGURUSAN PENTAKSIRAN DI DALAM BILIK DARJAH
a. Dua Proses
• PENGUKURAN - penggunaan alat untuk mengumpulkan nilai kuantitatif atau maklumat pencapaian pembelajaran individu.
• PENILAIAN - proses membuat keputusan berdasarkan hasil daripada pengukuran.
b. Pentaksiran yang berkesan ada dua ciri:-
• KESAHAN - sejauh mana alat yang digunakan untuk mengukur menepati tujuannya atau mengukur perkara yang sepatutnya diukur
• KEBOLEHCAYAAN - merujuk kepada ketekalan ujian atau sejauh mana ujian yang sama dapat memberikan keputusan yang sama jika ditadbir beberapa kali dalam masa yang berbeza.
c. Dua bentuk pentaksiran
• FORMATIF - sebelum dan semasa pengajaran. bertujuan mengesan kemajuan murid dan sejauh mana objektif pengajaran tercapai
• SUMATIF - dilaksanakan hujung semester atau penggal untuk memperoleh pencapaian murid dan bertujuan untuk pemberian gred dan sijil
d. Pentaksiran yang efisien dapat meningkatkan motivasi serta pembelajaran murid. Murid terdorong untuk memberikan perhatian dan berusaha lebih jika mereka tahu akan dinilai.
e. Pentaksiran yang tidak efisien boleh melemahkan semangat murid untuk belajar, menimbulkan rasa tidak puas hati, kurang bermotivasi dan mungkin masalah tingkah laku.
Proses penyediaan ujian dan peperiksaan
• kekerapan ujian dalam satu penggal atau semester
• tarikh ujian dan peperiksaan
• menggubal soalan ujian
• tempoh masa setiap ujian
• ujian atau peperiksaan mesti adil dan seharusnya dibentuk berdasarkan pengetahuan atau kemahiran yang telah diajar
• soalan-soalan ujian harus merangkumi tahap pemikiran selain daripada peringkat pengetahuan
• bincang dengan guru mata pelajaran lain
• murid dimaklumkan tentang ujian (membuat persediaan awal)
• biasakan murid dengan format ujian atau peperiksaan
Pentadbiran ujian atau peperiksaan (langkah-langkah)
• sediakan persekitaran selesa
• benarkan murid masuk awal ke kelas dan mengambil tempat duduk masing-masing
• murid seharusnya sudah bersedia 10 minit lebih awal. masa 10 minit digunakan untuk memberikan arahan atau peraturan
• mencatat kehadiran murid semasa ujian/peperiksaan
• pentadbiran ujian dan peperiksaan mempunyai kesan ke atas sikap murid
PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT MURID
Ibu bapa perlu mengisi BORANG MAKLUMAT MURID ia bertujuan untuk membantu pihak sekolah dalam pengurusan berkaitan hal ehwal murid.
• maklumat ibu bapa/penjaga
• tanggungan ibu bapa/penjaga
• maklumat murid
• maklumat bantuan yang diterima murid
• penyimpanan data peribadi murid
Kad rekod persekolahan murid sekolah rendah 001R
• buku rekod guru kelas
• buku laporan
• buku kedatangan murid
• buku rekod guru kelas
• buku laporan
• buku kedatangan murid
No comments:
Post a Comment