Monday, 11 March 2013

BAB 4 - PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH PENGENALAN

Nak Murid berDisiplin, Maka Guru yang perlu Displin terlebih Dahulu

PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH 


Pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara pelaksanaannya mungkin dapat dijadikan panduan oleh guru-guru dalam menguruskan bilik darjah dengan berkesan

KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH

disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkahlaku yang diingini

MODEL PENGURUSAN DISIPLIN
• MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU oleh B.F.SKINNER
• MODEL DISIPLIN ASERTIF oleh LEE CANTER
• MODEL AKIBAT LOGIKAL oleh RUDOLF DREIKURS
• MODEL PENGURUSAN KELOMPOK oleh JACOB S. KOUNIN
• MODEL TERAPI REALITI oleh WILLIAM GLASSER
Model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner
a. Menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini
b. Terdapat dua jenis peneguhan
- peneguhan positif-hadiah, pujian, markah merit dsbg (meningkatkan tingkah laku murid yang diingini)


- peneguhan negatif-majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini.
c. Peneguhan berbeza dengan dendaan
d. Peneguhan berkala

Kebaikan dan kelemahan model ini
• hasil pantas tetapi tidak kekal lama
• lebih memenuhi keperluan motivasi esentrik iaitu bergantung kepada elemen ganjaran
• untuk jangka masa panjang ini boleh mengakibatkan motif murid bertukar
• murid lebih teruja mendapat ganjaran daripada ilmu

Model disiplin Asertif Canter
• berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan
• Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. hak murid untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. oleh itu penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar
• pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas). beri peneguhan yang sesuai untuk tingkah laku yang diingini.
Terdapat tiga jenis guru
guru yang agresif: lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur
guru tidak asertif: menggunakan pendekatan pasif, tidak konsisten dan mengelirukan.


guru asertif: jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid

Langkah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah
• penerangan peraturan
• cara pelaksanaan peraturan
• semak kefahaman murid
• maklumkan tentang ganjaran
• penerangan tentang tindakan pembetulan
• cara tindakan pembetulan dikenakan
• semak kefahaman murid

Cara mengenakan tindakan pembetulan kepada murid
• bertindak dengan tenang
• konsisten
• berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini
• beri peluang kepada murid meluahkan perasaan
• teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah
• tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa

Murid bermasalah
• perlu ditangani dengan berhemah
• paling sukar ditangani tetapi perlukan paling banyak perhatian
• guru perlu dapatkan kepercayaan murid, beri perhatian dan berusaha untuk berinteraksi dengan murid

Model akibat logikal Dreikurs
 
• menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.
• guru perlu mengenalpasti punca salah laku. murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah
• murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.
• murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan

Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:
• mendapatkan perhatian
• mencabar kuasa
• membalas dendam
• mempamerkan kekurangan

Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku
• berkomunikasi perkara yang positif
• galak peningkatan murid
• kenal pasti kelemahan murid
• belajar daripada kesilapan
• percaya kebolehan murid
• bekerjasama
• rasa bangga pencapaian murid
• optimis
• beri galakan dan motivasi

Model pengurusan kelompok Kounin
 
• menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah
• guru perlu mempunyai weightiness iaitu berupaya mengawal dan menyelia lebih daripada satu aktiviti bilik darjah dalam satu masa. kebolehan guru melakukan dua tindakan pada satu masa digelar pertindanan
kesan gelombang (ripple effect) kesan daripada teguran atau tidakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku. kesan gelombang akan lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas, tegas dan serius
• guru perlu mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa
• kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu untuk pengurusan bilik darjah yang baik. guru harus elakkan penerangan yang meleret, iaitu mengulang perkara-perkara yang tidak perlu dan melakukan fragmentasi
• fragmentasi berlaku apabila guru memecahkan unit-unit kecil sedangkan pelajaran itu dapat dijalankan secara menyeluruh
• momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti p&p
• momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan

Model terapi realiti oleh William Glasser

  • Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh  individu berasaskan pilihan yang dibuat.
  • Pilihan yang dibuat oleh individu berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka.
  • Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadan persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah.
  • Keperluan-keperluan asas
           - kasih sayang
           - mempunyai kuasa dan kawalan
           - kebebasan
           - keseronokan

  • Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kauseling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tent;ang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang.
  • Melalui terapi realiti, guru dapat:
       - membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan
       - pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid
       - kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah        
         laku
       - bertindak sebagai pembimbing murid
       - Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam         
         memenuhi keperluan mereke mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Kurikulum yang berkualiti
• akan meningkatkan mutu pendidikan
• kurikulum ini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan pengajaran yang memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri peluang kepada murid untuk memahami dan meneroka yang diajar

Kualiti pengajaran
• persekitaran bilik darjah yang tenang dan kondusif
• guru perlu lebih sifat sebagai pembimbing bukan pengarah
• tugasan-tugasan p&p perlu yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid
• berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik
• beri peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing dan memperbaikinya



Guru yang membimbing akan:
• memahami murid
 
• menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan
• berbincang dengan murid
• menggalakkan murid meneroka p&p
• menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan
• menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran

Membina bilik darjah yang berkualiti
• tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk gantikan dengan tabiat yang boleh kekalkan hubungan baik
• mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian
 
• bina hubungan dengan murid
• peraturan kelas
• elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau mengancam murid apabila timbul masalah
• pengetahuan
• kompentensi
• kualiti
• penilaian
• kefahaman dan penggunaan

No comments:

Post a Comment